Pengambilan percuma di Lapangan Terbang KKIA. Pelbagai pilihan kereta compact, SUV 4x4 untuk ke Kundasang, hingga MPV keluarga.
Semua kenderaan diselenggara secara berkala dan berada dalam keadaan bersih & mantap untuk perjalanan sekitar jalan Sabah.
Kami sedia menghantar kereta terus ke lokasi anda tiba di Sabah.
Terminal 1 & Terminal 2
Penyerahan pantas sebaik sahaja anda keluar dari pintu balai ketibaan. Percuma surcaj bagi tempahan 3 hari ke atas.
Hotel & Homestay Sekitar KK
Penghantaran percuma ke mana-mana hotel dalam lingkungan 10km dari pusat bandar Kota Kinabalu.
Pekan Kundasang
Sesuai untuk pertukaran pemandu atau pemulangan semula jika anda ingin mengakhiri percutian di kawasan tanah tinggi Gunung Kinabalu.
L/Terbang SDK & TWU
Sistem sewaan sehala (One-way rental) disediakan dari Kota Kinabalu ke Tawau/Sandakan dengan caj laluan khas.
Beberapa tips berguna sebelum anda memulakan perjalanan di sekitar Kundasang, Kota Kinabalu, dan Pantai Timur Sabah.
Tips Kundasang: Laluan ke Kundasang berbukit dan berliku. Kenderaan SUV 4x4 atau kereta sekurang-kurangnya 1.3L dialu-alukan untuk pemanduan lebih selesa.